Aku bertanya, betulkah sudah pasti dengan keputusannya ini? Dia kata - ha!
Wait, what? Dengan siapa?? Aku tanya lagi. Pilihan keluarga jawabnya, tapi dia tidak kisah. Solat istikharah yang dibuat selama seminggu sudah terjawab. Petandanya baik, alhamdulillah. Jadi, dia beri saja green light untuk pihak keluarga merisik si bunga.
Aku tersengih lebar di hadapan komputer. Aparrah! Aku menempelak si dia yang beribu batu jaraknya daripada aku. Tidak ku sangka pelajar cemerlang sepertinya yang sedang menuntut di salah satu kolej paling berprestij di dunia akhirnya akur malu-malu pada jodoh pilihan keluarga.. Tersengih lagi sambil menanti balas kata dari si bakal engineer itu. Macam anak dara zaman lampau kau ya, lelaki. Orthodoks!
>> :P
Emoticon itu diberi kepada aku. 'Pop' lagi satu jawapan dari dia,
>> Bukan orthodoks... tapi obedient *sniff*
Aku sengih lagi... Dia ni memang laa...
Aku 'post' link video youtube 'Menjemput Bidadari' nyanyian Seismic di wall fb si dia yang pastinya sedang kembang setaman di dalam hati. Saja nak mengusik. Juga cara halusku menyatakan kegembiraan aku untuknya. 'Congrats mat bunga,' itu pesanan aku untuk video tadi.
Aku tergelak lagi di pagi dinihari ini. Matahari masih lagi malu-malu untuk menunjukkan diri; masih lagi bersembunyi di sebalik pelukan kasih awan.
Tidak sangka ini rupanya berita penting yang ingin disampaikan kepada aku. Si dia mahu bertunang! Alhamdulillah... segala puji bagi Allah. Sebagai seorang sahabat, hanya ucap syukur dan doa yang mampu aku titipkan pada dia yang jauh di kota London. Moga dia berbahagia dan diredhai Allah sentiasa.
Siapa gerangan perempuan bertuah itu? Lupa pula aku mahu bertanya, ingin juga aku tatap wajah si gadis manis yang bakal menjadi tunangan sahabatku yang seorang ini.
Entah. Balasnya. Anak kawan ummi. Still study di UM. Hmm...tapi manis sangat orangnya! Akak sudah emel gambar perempuan itu dua minggu lepas. Soal hati ini... bukan forte aku, jadi aku mahu betul-betul pasti dengan tindakan aku sebelum aku beritahu kau. Jelasnya. Bagai dapat membaca sahaja hati aku yang mulai terasa kerana tidak diberitahu lebih awal tentang hal ini.
>>Benda macam ni mestilah terasa lebih private. Sacred. Perutusan cintalah katakan :)
>>*barf*
>> Macam tak percaya kau nak bertunang tapi
>> Same here.
>> Mencemar duli ke Msia ke tak? Janji dahulu nak belanja aku pavlova di Alexis?
>> Tak. Majlis pertunangan buat ringkas-ringkas sudah. Ummi yang akan sarung cincin, buat apa aku nak hadir sama.
Aku memaklumkan kepadanya aku sudah mau log off. Tetingkap mozilla firefox aku tutup. Mahu baring sebentar. Pukul sembilan nantilah baru aku solat dhuha. Sinaran hangat sang matahari mula menembusi langsir dua lapis bilikku. Burung-burung juga sudah riuh mencicit entah cerita apa. Aku senyum senang, teringat kembali cerita pak engineer muda tadi.
Perkenalan aku dengan dia unik sekali. Tidak tahu di mana titik mulanya. Tahu-tahu sahaja persahabatan itu sudah pun rancak tersulam. Mengenali lelaki seorang ini banyak memaksa aku untuk membuat refleksi diri. Terus-terang aku katakan dia sumber inspirasi. Mengenali dia membuat aku berhempas-pulas cuba menaikkan taraf diri agar satu hari nanti aku boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan dia.
Dia yang cerdik akalnya. Yang besar hatinya. Dia yang matang dan sentiasa tenang. Dia yang tidak reti duduk diam, adaaa sahaja projek itu ini - cukup produktif. Lebih dari itu, peribadinya sebagai seorang Muslim cukup menginsafkan.
Berbakul-bakul kata-kata peransang dan nasihat dihadiahkan kepadaku, aku angguk-angguk sahaja. Selalu sahaja aku dimarahi kerana tidak menepati waktu makan, kerana tidak menjaga kesihatan sampai selalu jatuh sakit - kafarah, balas aku dengan emoticon tersengih - dan kerana kesukaanku duduk di window sill tingkat tujuh belas residence itu. Sakiiitt jantungnya melihat aku berkelakuan begini! Maka aku akan complain dia ni laa... mulut macam ibu di rumah! Asyik risau tidak tentu arah. Malah dia ni lagi teruk, membebel sana sini. Kalau aku jumpakan dia dengan ibu pasti mereka akan menjadi kawan baik in no time - terlalu banyak persamaan!
Tapi begitulah, aku dan dia.
Dia - sahabat yang begitu berharga dalam hidup aku. Apa mungkin hubungan ini akan terus terjalin selepas dia menjadi tunangan orang selepas ini? Senyumanku mati.
Mungkin. Tiada apa yang kekal di dalam dunia ini. Ini hakikat kehidupan. Aku harus redha.
Ada harta? Harta itu akan habis dibelanja.
Ada rumah besar? Rumah itu akan reput.
Ada kereta? Ia akan mula rosak dimamah zaman.
Ada kawan? Mungkin sahaja akan terputus hubungan.
Mungkin. Tiada apa yang kekal di dalam dunia ini. Ini hakikat kehidupan. Aku harus redha.
Ada harta? Harta itu akan habis dibelanja.
Ada rumah besar? Rumah itu akan reput.
Ada kereta? Ia akan mula rosak dimamah zaman.
Ada kawan? Mungkin sahaja akan terputus hubungan.
Jika itu suratan takdir, siapa aku untuk menolaknya? Hanya hamba Allah yang hina.
Biarlah hidup ini ditunjangi cinta kepada Ilahi. Yang sudah pasti hakiki.
"Sandarkan pada Allah. Hatta sekecil-kecil butir pasir itu milik-Nya. Inikan pula kehidupan kita."
Itu pesan si dia satu waktu yang entah bila. Yang sudah aku semat elok-elok di dada.
Ya, serahkanlah pada Allah. Apa yang mungkin berlaku pada hari esok di luar tanganku. Aturan Dia pastinya sempurna tanpa cacat cela. Persahabatan ini juga begitu.
Senyumku mekar semula.
Oh, sahabatku yang seorang itu sudah nak bertunang! Oh mon dieu
No comments:
Post a Comment