Dec 8, 2010

Confession No. 1: Aku, solat & malas

 Kadang-kadang aku rasa malas sangat hendak mendirikan solat penuh lima waktu. Badan ini harus diseret ke bilik air untuk berwudhu', memakai telekung dan kemudian sembahyang. Lebih-lebih lagi jika solat itu empat rakaat. Adoiiii...terasa terlalu banyak dan panjang. Ini sering berlaku jika diri tengah khusyuk online facebook or browsing internet. 

Kadang-kadang rasa macam baru sahaja solat, dahhh kena sembahyang lagi (sering terjadi jika waktu solat ditangguhkan-tangguh (^_^))

Kadang-kadang rasa leceh mahu solat jika sedang syok berjalan keliling shopping complex dengan kawan-kawan. Kena cari surau, sudah jumpa surau tidak selesa pula. Baju lawa2 jadi basah, eyeliner cair n tudung tadi okey dah senget lepas solat. Rasa cukuuppp leceh. 

Dan subuh.
Ohh subuh. Cabaran hebat nak buka mata, lagi-lagi suara ibu membebel suruh bangun solat subuh dah tak kedengaran lagi sejak tinggal di kolej. Perjalanan ke bilik air dari katil itu bagai melebihi dua marhalah! Angin sejuk aircond bilik macam memujuk suruh tutup mata balik.

Tapi,

kena bangun juga. Kena buat juga. Malas-malas pun wajib buat juga. Walaupun badan kena diseret, aku kena merangkak masuk bilik air, aku buat juga. Solat, solat, solat sampai penuh quota lima kali sehari. 

The key word is persevere. Why? Why persevere?

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. 
[Taha : 32]

Solat itu WAJIB. Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, Dia tahu manusia ini imannya turun naik (al imanu yazidu wa yankus). Sekejap tinggi dan sekejap turun rock bottom. Sebab itu Allah pesan dalam al-Quran supaya kita mendirikan solat dan 'tekun bersabar menunaikannya'. 

Allah suruh kita bersabar. Sabar, sabar dan terus bersabar hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir.
Itulah yang aku cuba buat. Persevering. 

Tak usahlah aku bercerita tentang kualiti solat kerana itu adalah perjuangan yang lain albeit berkaitan. Siang dan malam, dari hari ke hari itulah satu perkara dalam hidup aku ini yang aku constantly cuba untuk improve - Kualiti solat.

What to do, Jannah is not cheap

Biarlah aku bersusah sekarang. Biarkan aku berkombat dengan nafsu malas aku ini. Itu lebih baik dari dari giving up; meninggalkan solat dan berniat untuk taubat at later date.

Sebab aku tahu, solat itu (and the responsibility that comes with it) lebih baik dari tak solat lansung. 
Believe me, solat itu lebih baik dari  tidak solat. Ya, leceh dan kesukaran untuk menyempurnakan solat lima waktu itu jauh lebih baik dari hidup mudah tak payah sembahyang.

Kosongnya dalam dada ini bila solat ditinggalkan. Kosong.
It's like badan ini merana apabila ia di'deprive' daripada sujud menyembah dan memuji Allah. Lidah ini berlumba-lumba bagai tak cukup patah perkataan hendak mengucap ayat-ayat suci. Hati jadi tenang.
Serenity is no longer just a word, it's a sense of being. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan kerana hati terlalu rindu dan cinta kepada ya Khalik And the need to follow the steps of my beloved Prophet and make him proud is palpable.

Ah, susah hendak ditafsirkan nikmatnya solat.

Aku tak expect orang untuk paham apa yang aku maksudkan. Unless, kau pernah tinggalkan solat sesuka hati dan akhirnya, alhamdullillah, kembali ke jalan yang benar. Barulah diri ini tahu, what it has been missing all these while.

So yeah, aku lebih rela solat, dari meninggalkan solat.
Allah. Ya Allah, Engkau dekat. Always looking and guiding me. Sungguhlah, Engkau dekat dengan ku ya Rahim. Betapa Engkau menyayangi ku.
Aku cinta kepada Mu Ya Khalik. Aku rindu kepada Mu ya Allah.
Bawalah aku menghadapMu dalam Iman. Permudahkanlah jalan bagiku untuk lebih dekat kepada Mu.
Ringankanlah hati ini untuk membuktikan cintaku kepada Mu.
Ampunkanlah aku Ya Allah.

Sekian confession aku. Aku tidak perfect. Sungguh aku ini hina. Tapi, harapan aku untuk menaikkan martabat diri ini di mata Allah.

p/s: every saint has a past and every sinner has a future

Assalamualaikum =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails