Jan 28, 2011

Because Each and Every One of Our Words Is Taken Into Account



Bismillah. Bismillah. Bismillah.
Aku cuma ingin bercerita.
Tentang how relevant sebuah hadith ini dalam penggunaan facebook sehari-harian. Dan apa kaitannya dengan aiban teguran aku tempoh hari kepada seseorang.

"Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Satu malam aku terbaca status seseorang yang aku kenal rapat yang buat aku termangu sebentar. Isinya tak usahlah diberitahu. Tidak penting. Cuma, status fb si gadis ini seperti dia tidak berapa faham hukum sebenar kelakuan yang dia katakan dalam statusnya itu.

Iyalah, tujuannya menulis sebegitu hanya untuk bercanda. For fun sahaja. Tiada salahnya bukan? Agar status itu kelihatan lebih menarik untuk dibaca… itu teori aku.

Tapi, yang salah itu tetap salah. Hukum tetap hukum. Itu tunjang isunya bagi aku. Aku lihat banyak pula respons yang diterima oleh status tersebut. Hampir semuanya menyetujui kata-kata si gadis ini tadi. Aku jadi serba salah. Gadis ini... aku tahu dia sudah memulai progress ke arah jalan yang lebih baik. Aku bagai rasa obliged untuk membantunya since I know the path she had set for herself. Should I say something? Or shouldn’t I? Jika aku menulis what I had in mind that time, ada possibility ramai yang tak akan puas hati.

Tapi tak mengapalah. Aku taip juga pendapat aku. Tutup aje sebelah mata. Taippp. Tapi lansung tak terfikir pula si empunya status akan tersinggung, merasa diaibkan.

Tapi itulah yang terjadi akhirnya…

“Tanggungjawab itu apa?”
“Bila dah tanggung, kenalah jawab. Itulah tanggungjawab.”
- Hlovate-

Manusia ini bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Setiap perbuatan kita, baik dan buruk dicatat dan akan diberi balasan oleh Allah S.W.T. setimpalnya. Jika perbuatan kita menyebabkan orang lain melakukan dosa atau pahala, maka kita juga akan mendapat saham dosa/pahala itu. Jika berkongsi saham pahala, alhamdulillah. Jika saham dosa? Binasalah. Sebagai contoh:

Hari ini, jika ada perempuan yang mendedahkan auratnya, dia akan mendapat dosa. Kaum lelaki dan perempuan, kedua-duanya diperintahkan Allah untuk menundukkan pandangan mereka dan berpaling apabila mata mereka terpandang aurat seseorang yang terdedah.

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Hari ini, jika seorang lelaki terpandang aurat perempuan yang terdedah tadi (e.g rambutnya atau tubuhnya yang seksi), dan lelaki itu gagal untuk memalingkan mukanya sebaliknya terus meng‘ogle’ tak berkelip mata, lelaki itu telah mendapat dosa.

Baginda SAW berkata kpd Ali KW,
"Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani : Hasan)

Tapi, perempuan itu harus ingat, apabila lelaki yang memandang - aurat perempuannya yang sengaja didedahkan itu - tadi mendapat dosa, dia juga turut sama menanggung dosa lelaki itu.
Itu baru seorang lelaki. Dalam sehari, berapa ramai lelaki agaknya yang perempuan itu ketemui? Dalam sehari berapa banyak dosa yang dia murah hati untuk kongsi? Tak masuk dosa dengan Allah sebab mendedahkan aurat lagi.

Itu baru sehari. Kalau seminggu? Berapa banyak saham dosa yang sudah perempuan itu tanggung? Dalam sebulan? Bagaimana pula dalam masa setahun? Selain itu, 'keindahan' perempuan yang terdedah itu boleh menyebabkan sebuah rumah tangga hancur. 'Keindahan' itu boleh disalah guna oleh seseorang untuk melampiaskan nafsunya. Astaghfirullahalazim... Dosa yang kita lakukan sendiri pun belum tentu terampun, mampukah kita hendak memikul beban saham dosa2 orang lain pula? Walaupun dosa itu asalnya dosa kecil, tapi bila dah lama2?

“Bila dah tanggung, kenalah jawab”

Konsepnya serupa, wahai gadis, dalam semua aspek kehidupan kita. Apa sahaja yang kita lakukan - tak kiralah physical atau verbal - pasti ada implikasinya. Pasti. Positif atau tidak outcomenya, dosa atau pahala yang kita akan dapat, itulah yang kita cuba kawal.

Contohnya, kebiasaan di facebook pd hari ini; jika hari ini kita menulis something hateful tentang seseorang di dalam facebook dan kawan-kawan pula ikut join mengutuk, mengumpat orang itu… kita sudah mendapat dosa. Dan kamu rasa dosa kawan-kawan kita yg join sama mengutuk tu, kita tanggung sekali tak? --> Peringatan untuk kita semua.

Kita yang memulakannya. Kita yang mencipta peluang untuk diri sendiri dan orang lain membuat dosa. Kita. Sudah pastilah kita juga mendapat ‘saham’ dosa orang lain apabila dia melakukan sesuatu yang ditegah agama disebabkan sesuatu tindakan kita.

Ini juga apply pada situasi ‘status’ kamu tadi wahai gadis. Kamu menulis sesuatu yang salah dan di‘post’ sebagai satu status yang PUBLIC – yakni boleh dibaca semua kawan-kawanmu – dan ramai pula yang menekan ‘like’ dan menyokong statement songsang kamu yang seperti implying ‘it’s okay for girls n boys to flirt’. Kamu jadi bangga. Suka. Tapi, aku mahu kita semua merujuk semula hadis ini:-

"Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

-à Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)  

Berhati-hatilah apabila meluahkan pendapat. ‘Joking around in a flirty waydoesn’t make it okay to say things tanpa fikir dalam-dalam dahulu. Kamu mungkin saja merasa suka tetapi aksi seperti ini boleh ditafsir sebagai redha akan kelakuan yang berdosa itu. Lebih teruk lagi, sedarkah kamu mereka yang menyokong statement kamu itu secara tak lansung menyokong kemungkaran? Kamu fikir apa hukumnya? Kamu rasa kamu kongsi tak saham dosa mereka itu?

Kamu masih merasa status itu ‘harmless’?

Sungguhlah, berdiam itu lebih baik untuk kita.

“Who believes in Allah and the Last Day should talk what is good or keep quiet.” (i.e. abstain from dirty and evil talk, and should think before uttering).” [Narrated by Malik; Bukhari.Book 8.Volume 73. Hadith 157]

Maka percakapan yang ntahapapa itu mesti dibetulkan, dan hukum sebenar perbuatan dalam status itu harus dimaklumkan pada yang kurang tahu@faham. Agar esok-esok, walaupun mereka terus-menerus melakukannya, at least mereka sudah tahu perbuatan itu salah. Fahamkah kamu gadis, motifku? Tidak sekali-kali aku menyoal takat ‘control’ kamu menahan mehnah dunia atau ‘perkembangan’ kamu as a muslimah.

Menjadi baik itu sebuah proses yang berterusan. Aku paling faham wahai gadis. Percayakah kamu? But to quote Oscar Wilde,every saint has a past, and every sinner has a future’. Aku menerima diri ini dan kekhilafan lepas seadanya. Paling penting, my Rabb knows every detail of my life. Dan Tuhanku telah menyembunyikan maksiat2 yang telah aku lakukan dengan tutupanNya.

Jika Allah mengizinkan, pasti Allah akan terusan menutup keaiban dosa aku dari pengetahuan manusia. Tidak akan ada yang dapat menghalang. Walau selantang mana orang2 hendak mencanang kesilapan2 silam aku, tanpa izin Allah, mereka tidak akan berjaya. Jadi aku lansung tidak takut akan masa lepas. Jadi janganlah kamu, gadis, takutkan bayangan dosa lalu. Cukuplah Allah bagi kita, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya kita bertawakal dan Dialah Tuhan Arasy yang besar.

Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari) [Hadis Sohih]

Dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. As long as we don’t go around displaying our dirty laundry to others.

Aku sangat-sangat sayang kamu. Kamu tahukah itu? Sayang sekali. Aku ini, gadis, hanya mahu kamu bahagia. Sangat cinta. Uhibbuki fillah.

Aku menulis kerana aku mahu kamu faham implikasinya. Mahu membuat kamu ‘alert’. Aku menegur secara baik. Tidak memaki hamun, tak juga menggunakan bahasa kasar. Aku hanya menegur percakapan bukan2 kamu dengan memberi comment pada sebuah status yg mmg sejak dari awal PUBLIC. Aku tidak faham bagaimana kamu boleh merasa diaibkan apabila kamu sendiri yang memulakannya. Subtle yang bagaimana kamu mahu?

Aku minta maaf kamu payah hendak menerimanya dengan cara itu.
Mungkin kamu payah menerima kerana aku orang yang menegurnya. Dilihat seorang hamba Allah lain yang menegur sama hari itu tidak pula kamu rasa 'mengaibkan' kamu. Lain kali aku tidak buat lagi.
Minta maaf juga kerana mengguris perasaan kamu. Sangat-sangat sedih membuat kamu berdukacita. Bukan itu yang aku mahu.

Some people asked Allah’s Apostle, “Whose Islam is the best? i.e. (Who is a very good Muslim)?” He replied, “One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands.” [Narrated by Abu Musa; Al-Bukhari.Book 1.Volume 2. Hadith 10]

Aku sudah gagal aspek itu kali ini. Aku harap sangat-sangat Allah mengampunkan kesilapan aku melukakan kamu.

Aku sudah menegur. Terima atau tidak terima, itu di luar kemampuanku.
Hidayah adalah milik Allah. Dia memberi kepada yang Dia ingini. I trust you to my Khalik. Tidak aku delusional merasakan perubahan kamu adalah kerana terkesan dengan kata-kata aku. Aku belum gila lagi. Semuanya adalah urusan Allah S.W.T. Kekuasaan Tuhan kita. Segala puji hanyalah untuk Nya.

Aku sudah tersalah langkah. Apa yang mulanya simple, sudah menjadi parah. Hingga goyah pertalian keluarga. Rasa bersalah sekali.
Lebih sedih apabila adik kamu, yang aku cukup kasih mengeluarkan komen yang melukakan hati. Ada yang merasakan aku ini ‘pretentious’ pula.

Isu niat sebenar aku menegur kamu… itu antara aku dengan Allah. Setuju? Aku serah segalanya pada Dia. Pada yang menganggap aku salah, kita diskus saja kebenaran kata-katamu di akhirat nanti. Jika aku terbukti berada di pihak yang benar, akan aku tuntut pembersihan nama aku daripada tuduhan kamu pd ya Alim. Allah itu Maha Adil.

Biarlah aku berundur. Tanggungjawab aku sebagai saudara seagamamu sudah aku laksanakan sebaik yang aku mampu.

Sampai di sini sahajalah. I have give you my stand. Jika ada yang terlebih dan terkurang, kita hitunglah di hadapan Allah kelak.

Wassalam.

4 comments:

Sera doo. said...

salam ya ukhti, such a calm, clear post u had. thanks :).. ill try to follow u ..

Em Jayde said...

wslm.. thank u for ur kind words my sister :)

cha said...

suka baca blog u. tak taula rasa macam apa yang u post gave me so much motivation :')

Em Jayde said...

thanks cha. what a very nice thing to say. May Allah bless :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails