the muslim moments |
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT meciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat (pendapat lain 124 000 sayap). Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku." Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Tidak." Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT, dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT pun berfirman yang bermaksud:
"Whai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKu seperti ibadah kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad'. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibril as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."
Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayap dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Terbanglah malaikat Jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata di dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

- From Himpunan Kisah-kisah Malaikat by Muhammad Isa Selamat.
1 comment:
MasyaAllah. :)
Post a Comment