Jan 4, 2012

Of Kematangan [So you're mature, yeah?]


Sharon Montrose Babies Series




A post by Hilal Asyraf of Langit Ilahi. I think it is appropriate for us, youth to ponder and reflect on our maturity while we are still in the spirit of new year and all. 

Matangkah kita, sebenarnya? Apa yang sudah kita accomplish di masa umur matang ini? What of our actions exactly can we be proud of?

Let's start our fresh journey in 2012 on the right foot. ~ Dengan keredhaan Allah, insyaAllah.


Fighting!

**********

Baru-baru ini ada la sekumpulan adik-adik ni tanya kepada saya.

Abang Hilal, kami ni pada pandangan abang, matang tak?

Saya nak tergelak pun ada masa mereka tanya. Mereka ni orangnya happy-happy aja. Susah nak tengok diorang serius. Tapi masa tanya tu, muka mereka nampak kedahagaan. Ada kesungguhan terserlah dalam pertanyaan itu. Tandanya mereka benar-benar ingin tahu, dan mungkin ada hajat ingin membuat anjakan paradigma dalam diri.

Justeru, dari menjawab terus mereka itu matang atau tidak, saya memilih untuk menerangkan mereka apa itu kematangan pada pandangan saya.

Agar mereka sendiri, yang mengukur kematangan mereka.

Defi nisi matang

Saya kata bahawa, manusia matang adalah manusia yang mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.

Sesiapa yang tidak mampu, maka dia bukan matang dalam erti kata sebenarnya. Walaupun dia pensyarah di Universiti, walaupun dia ketua di sebuah negeri.

Saya tidak mengambil matang dengan de nisi Kamus Dewan. Saya pun tak mahu kata matang itu bila akil baligh. Saya lagi la takkan kata, matang tu adalah apabila ada keinginan seks. Tapi pada saya, matang adalah apabila seorang manusia itu mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.

Kenapa sebegitu takrifnya?

Mudah. Pada saya, orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhiratnya, maka dia tidak akan mensia-siakan kehidupannya di dunia ini. Kerana dia yakin, dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT, membawa seluruh kehidupannya untuk dihitung.

Justeru, manusia sebegini akan lebih serius dalam kehidupannya, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaannya. Hal ini kerana, dunia adalah ladang kepada akhirat kita. Maka kita akan berusaha menyemai
benih-benih yang baik sahaja, jika kita faham bahawa kita hendak menuai sesuatu yang baik di sana.

Manusia yang faham begini, kalau dia tersilap di atas dunia ini, melakukan kesalahan, berbuat dosa, tergelincir dalam maksiat, maka dia akan bersegera untuk bergerak pulang ke jalan yang sebenar. Kerana dia faham, dia akan kembali kepada siapa.

Dari kefahaman inilah, akan munculnya segala kekuatan, keseriusan untuk hidup, dan kesungguhan dalam
pekerjaan.

Matang biasanya kita kaitkan dengan kedewasaan serta cara berfi kir. Maka tidakkah kita memerhatikan bahawa, manusia yang nampak akan kaitan hidupnya dengan akhirat, maka dia secara tidak langsung
dewasa, dan tidak bermain-main dengan kehidupannya?

Matang dan umur

Orang kata, kalau tak habis belajar, tak boleh kahwin. Kenapa? Sebab umur kecil lagi, belajar tak habis lagi, tak matang.

Pendapat saya, kematangan tidak diukur dengan umur, atau tahap pengajian. Matang diukur dengan kedewasaan pemikiran dan keseriusan dalam tindakan. Bagi orang yang benar-benar matang, dia akan berfikir berkenaan perkahwinan, lebih dari sekadar cintanya kepada orang yang dia cinta.

Dia akan fi kir persediaannya untuk menjadi suami yang baik, persediaannya hendak menyara keluarga, persediaannya untuk menjadi bapa yang baik, persediaannya untuk membina keluarganya ke arah yang baik, seterusnya persediaannya untuk membawa keluarganya menembusi akhirat dengan baik. Inilah kematangan. Bukan sekadar kahwin kerana syok-syok, suka sama suka, cinta sama cinta.

Justeru, untuk yang mencapai tahap kematangan ini, apa salahnya dia hendak berkahwin awal? Mungkin sukar untuk dijelaskan dalam artikel yang pendek ini, kerana mentaliti kita hari ini mengaitkan kematangan dengan umur. Namun pada saya, anak kecil berumur 12 tahun pun boleh menjadi matang. Semuanya apabila dia berjaya mengaitkan kehidupannya di dunia, dengan akhiratnya.

Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhirat, dia akan serius, berhat-hati, ber kir panjang, dan amat menjaga diri. Dia akan belajar membuat perancangan, dan berusaha untuk melakukan kalkulasi dirinya dengan tepat. Dia akan berkira dengan kehidupannya, kerana dia tahu bahawa kehidupannya akan dikira oleh Allah SWT di akhirat sana.

Atas dasar ini, saya menyatakan bahawa, umur bukan penentu kematangan. Penentu kematangan adalah kefahaman. Apabila manusia berjaya mencapai kefahaman ini, barulah dia dikira sebagai matang dalam erti kata sebenar.

Contoh kematangan terdahulu

Saya suka menunjuk kepada seorang manusia dalam sejarah dunia, yang pada saya menjadi contoh kematangan yang sebenar.

Usamah bin Zaid RA. Kenalkah anda akan dia?

Dia menjadi jeneral tentera Islam, dalam ekspedisi menewaskan Rom, seawal usianya 18 tahun. Dia menjatuhkan Rom pada umurnya 19 tahun. Di belakangnya ada sahabat-sahabat besar seperti Saad bin
Abi Waqqas, dan sebagainya.

Bagaimana Usamah bin Zaid RA ini boleh diangkat menjadi jeneral pada usia sedemikian? Kerana kematangannya ketika itu, setara dengan sesiapa sahaja orang tua dan besar yang menjadi tenteranya ketika itu.

Pastinya, Rasulullah SAW tidak akan memilih orang yang bukan-bukan dalam ekspidisi menumbangkan Rom. Menjadi jeneral bukan mudah. Menggepalai jumlah manusia yang ramai bukan mudah. Menewaskan Rom yang hebat ketika itu bukan mudah. Jeneral perlu tenang, sabar, punya otak yang bergeliga, mampu mengeluarkan strategi yang mantap, perlu tabah dan cekal. Dan pada umur 18 tahun, Usamah bin Zaid ini, telah mempunyai semua itu, sehingga dia diangkat menjadi jeneral.

Kita hari ini? Umur 18, sibuk dengan perempuan seksi, lelaki romantik. Belajar pun tak sungguh-sungguh, masa hadapan pun tak kira, cita-cita pun tak ada. Hanya tahu seronok, seronok dan seronok sahaja.

Apa yang membuatkan Usamah bin Zaid sematang itu? Kerana kefahamannya bahawa hidup ini hanya untuk Allah, dan di akhirat nanti kehidupannya akan dikira. Kerana itulah intipati madrasah Rasulullah SAW sampaikan, dan terserap pula dalam hidupnya.

Penutup: Maka capailah dengan kematangan yang sebenar

Kita perlu matang. Matang dalam erti kata sebenar. Allah SWT amat suka, remaja yang meninggalkan kenakalan remajanya.

Bukan tidak boleh bercanda, bergurau senda. Namun semua itu kita letakkan di dalam lingkungan kematangan kita. Tidak berlebihan, tidak merosakkan hati, tidak menghancurkan persediaan kita ke akhirat.

Biar matang,matang sehingga dihormati, disegani. Sampai akan ada orang kata: Ana ingat enta ni umur 30, baru 19 rupanya. Bukan kerana muka tua, tetapi kerana kedewasaan pemikiran kita.

Hendak capai bagaimana kematangan seperti ini?

Dengan memahami kaitan akhirat dengan kehidupan kita ini.

Mari sama-sama, kita ubah mentaliti kita, bergerak mencapai kematangan.

Ketahuilah bahawa, dunia ini tidak akan berubah, bangsa kita tidak akan meningkat, dan Islam itu tidak akan tersebar, dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai matlamat, dan tidak memahami makna kehidupan. Hanya yang matang sahaja, mempunyai matlamat dan memahami kehidupan dalam erti kata sebenarnya.

Semalam, saya katakan semua ini pada adik-adik yang bertanya.


Mari tanya diri kita, apakah kita hari ini matang?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails