Tsunami Wave in Japan |
Kita biarkan Allah SWT menggerakkan 'bala tenteraNya.
Tugas kita adalah, menjadi yang 'layak' dibantu olehNya.
Percaya, Percaya, Percaya dan Percaya.
Sambil amal dan usaha mengiringi kita.
- Hilal Asyraf
Kalau terjadi malapetaka, kita sentiasa ingat ini kemungkaran Tuhan sahaja. Benarkah begitu?
Allah berfirman dalam surah az-Zukhruf ayat 48: Dan Kami timpakan kepada mereka azab supaya kembali ke jalan yang benar. Ayat ini menunjukkan Allah memberi kirafah kepada manusia. Kifarah ialah satu ujian atau tebusan yang Allah berikan kepada manusia kerana terlanjur melakukan dosa dan kesalahan. Oleh kasih sayang Allah, Tuhan tidak mahu dia diseksa di akhirat maka diberi dahulu azab yang ringan di dunia supaya dia beringat dan bertaubat.Apa yang berlaku boleh jadi juga satu bala seperti yang dialami oleh umat Nabi Nuh, kaum Add dan Tsamud dan lain lain. Seperti firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 74 di mana Allah menyatakan: Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat.
Mungkin juga ini semua satu ibtila’ iaitu ujian ke atas orang baik supaya mereka melakukan kebaikan dan menggandakan kebaikkannya lagi. Ibtila’ ialah ujian ke atas orang yang baik supaya mereka mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf dan qanaah dari Tuhan. Ini Allah firmankan dalam surah al-Baqarah ayat 214: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesensaraan, kemelaratan, dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: Bilakah datangnya pertolongan Allah.
Malapetaka berlaku kerana kita terlupakan dua kekuatan yang ada pada kita iaitu fikir dan zikir. Lemah zikir kerana kita kurang menghayati ilmu wahyu sedang kita juga lemah fikir hingga mundur serba-serbi dari orang lain dalam bidang sains dan teknologi. Vulkanologis penakut dan pemalas ini satu buktinya.
- Dr Haji Faizal Tehrani, Bila Tuhan Berbicara, 2007, pg 52-53
My heart goes to all of my sisters and brothers of Humanity in Japan
Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)
No comments:
Post a Comment